Rabu, 25 November 2009

KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISMA GURU PEMULIHAN KHAS 2009



KURSUS PENINGKATAN PROFESIONALISMA GURU PEMULIHAN KHAS 2009 TELAH DIADAKAN DI SUTERA INN PRIMA, KOTA BAHRU PADA 21- 24 NOVEMBER 2009.

KURSUS ANJURAN PPD KUALA KRAI INI SEPATUTNYA DIHADIRI OLEH 40 ORANG GURU-GURU PEMULHIAN KHAS DARI SELURUH DAERAH KUALA KRAI TETAPI DISEBABKAN BANJIR YANG MELANDA , SEBAHAGIAN KECIL GURU YANG BERKENAAN TIDAK DAPAT HADIR.
WALAUBAGAIMANAPUN KURSUS INI TELAH BERJAYA DIADAKAN SEBAGAIMANA YANG DIRANCANGKAN.

TERIMA KASIH KEPADA PPD KUALA KRAI, TERUTAMA KEPADA TN HJ ZULKIFLI ( PEGAWAI PPD KUALA KRAI) EN OTHMAN AWANG LAH ( TIMBALAN PPD) DAN EN RADZI HAMZAH ( PEGAWAI PEMULIHAN KHASPPD KUALA KRAI)

DIANTARA PENCERAMAH JEMPUTAN IALAH :
1. TN HAJI ZULKIFLI - PEGAWAI PPD KUALA KRAI.
2. EN CHE DAUD B HARUN - KETUA UNIT PENDIDIKAN KHAS JPN KELANTAN.
3. TN HAJI ZAMAN - GURU CEMERLANG PEMULIHAN KHAS - JU KENAGSAAN PROGRAM LINUS
3. TN HAJI OTHMAN - JU KEBANGSAAN PROGRAM LINUS
4. CIKGU MOHD NAJID - JU PEMULIHAN KHAS NEGERI KELANTAN


Perasmian penutup disempurnakan oleh Tn Haji Othman b Awang Lah - Timbalan PPD Kuala Krai.


Sebahagian dari peserta kursus perempuan sedang mendengar taklimat dengan penuh perhatian.


Peserta kursus perempuan bergambar beramai-ramai bersama Timbalan PPD Kuala Krai; Th Hj Othman b Awang Lah dan En Radzi b Hamzah; Pegawai Pemulihan Khas PPD Kuala Krai.


Ketua Urusetia; Cikgu Abdullah SK Bahagia.


Cikgu Mohd Najid; JU Pemulihan Negeri Kelantan sedang tekun menerangkan sesuatu kepada peserta kursus.


Peserta kursus lelaki bergambar selepas majlis penutup.

Selasa, 24 November 2009

Murid Pemulihan 2004- 2007 . Cemerlang UPSR 2009


Keputusan UPSR 2009 menonjolkan seramai tidak kurang 30 orang murid pemulihan Tahun satu 2004 memperolehi keputusan yang merangsangkan. Syukur Ya Allah.

Khamis, 29 Oktober 2009

Instrumen Penentu Penguasaan 2M Oktober 2009 - Versi Kelantan






























Ujian 3 - Oktober 2009 Kelas Pemulihan Khas




Lawatan Profesional KPLI IPG Kampus Kota Bharu



Seramai 23 orang guru pelatih KPLI Pemulihan dari IPG Kampus Kota Bharu telah membuat lawatan ke Program Pendidikan Khas SKSYP 1 bersama-sama Tn Haji Shaari selaku pensyarah pengiring.

Perjumpaan Ibubapa Murid Bermasalah 3m Kali ke 2 Tahun 2009

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1, 18000 KUALA KRAI, KELANTAN.
___________________________________________________________
Kepada;
Ibubapa / Penjaga,
_______________________
SK Sultan Yahya Petra (1)
18000 Kuala Krai, Kelantan
Tuan,
Perjumpaan Ibubapa / Penjaga Murid Program Celik 3M 2 / 2009

Dengan sukacitanya perkara di atas dirujuk.

2. Sehubungan dengan perkara di atas, satu perjumpaan akan diadakan untuk membincang permasalahan murid Program Celik 3M dan cadangan penyelesaiannya. Perjumpaan akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:

Tarikh : 27 OKTOBER 2009
Hari : SELASA
Masa : 9.30 PAGI
Tempat : BILIK MESYUARAT SK SYP (1)

Kerjasama tuan sangat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,


__________________
(HJH ZAWAH BT ESSA)
Penolong Kanan Pentadbiran
b/p Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Sultan Yahya Petra (1). 18000 Kuala Krai, Kelantan.

s.K : Fail Celik 3M

Perjumpaan Ibubapa Murid Bermasalah 3M kali ke 2 tahun 2009







Sabtu, 24 Oktober 2009

Asma Ul Husna

Jumaat, 23 Oktober 2009

Contoh Surat Cadangan Dari Setiausaha JK Celik 3M kpd Guru Besar - Urusan Pencalonan Murid PKBP

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA (1)
18000 KUALA KRAI, KELANTAN
_______________________________________________

Kepada:
Puan Guru Besar,
SK Sultan Yahya Petra 1,
18000 Kuala Krai,
Kelantan.

Cadangan Mendapatkan Pengesahan Doktor Pakar Untuk Penempatan Pelajar Ke Kelas Bermasalah Pembelajaran (PKBP )

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dicadangkan _________________________________________ Tahun __________
dirujukkan untuk mendapatkan pengesahan Pakar Perubatan kerana mungkin mengalami
kebarangkalian masalah Slow Leaner / Autisme / Hiperaktif .

3. Cadangan ini dibuat berdasarkan prestasinya yang gagal mencapai pencapaian minimum dalam:

3.1 Ujian menggunakan Instrumen Penguasaan 2M ( IPP2M) ____ / 65

3.2 Ujian Pelepasan 2 Instrumen Kelas Intervensi Awal Membaca ( KIA2M) _____/ ____

4. Pelajar ini juga didapati mengalami masalah tingkahlaku berikut:

4.1 Kurang daya penumpuan pada proses pengajaran dan pembelajaran.

4.2 Kurang penumpuan pada tugasan yang diberikan.

Kerjasama dan perhatian dari puan diucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,
_______________________
(ISHAK B HAMAT)
Setiausaha Celik 3M
Sk Sultan Yahya Petra 1,
18000 Kuala Krai, Kelantan

Contoh Surat Cadangan Untuk Pengesahan Pakar Perubatan - Calon Murid PKBP

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA (1)
18000 KUALA KRAI, KELANTAN
______________________________________________
Kepada:
Pegawai Perubatan
Hospital ______________________ Tarikh : ______



Cadangan Mendapatkan Pengesahan Doktor Pakar Untuk Penempatan Pelajar Ke Kelas Bermasalah Pembelajaran (PKBP )

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah dicadangkan _________________________________________ Tahun __________
dirujukkan untuk mendapatkan pengesahan Pakar Perubatan kerana mungkin mengalami
kebarangkalian masalah Slow Leaner / Autisme / Hiperaktif .

3. Cadangan ini dibuat berdasarkan prestasinya yang gagal mencapai pencapaian minimum dalam:

3.1 Ujian menggunakan Instrumen Penguasaan 2M ( IPP2M) ____ / 65

3.2 Ujian Pelepasan 2 Instrumen Kelas Intervensi Awal Membaca ( KIA2M) _____/ ____

4. Pelajar ini juga didapati mengalami masalah tingkahlaku berikut:

4.1 Kurang daya penumpuan pada proses pengajaran dan pembelajaran.

4.2 Kurang penumpuan pada tugasan yang diberikan.

Kerjasama dan perhatian dari puan diucapkan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,
_______________________

Ahad, 18 Oktober 2009

Nasyid

LAGU DI SINI KAMI BERKUMPUL


Disini Kami Berkumpul - Ae-Man

Sabtu, 17 Oktober 2009

Ujian 3 / Oktober 2009

Ujian 3 / Oktober 2009 untuk murid progam Pemulihan Khas telah diadakan pada 11 dan 12 Oktober 2009, sebagaimana arahan Unit Pendidikan khas Jabatan Pendidikan Kelantan.
Seramai 10 orang calon Bahasa Melayu dan 27 calon Matematik telah menduduki ujian berkenaan yang diadakan di kelas 4 Cerdas memandangkan bilik Program Pemulihan Khas tidak dapat menampung julah calon yang ramai.
Kertas IPP2M Bahasa Melayu diuji pada 11 okt 2009 mulai jam 8.00 hingga 9.30 pagi. Kertas IPP3M untuk subjek Matematik pula diuji pada 12 Okt 2009 mulai jam 8.00 hinhha 9.30 pagi. Cikgu Ishak b Hamat selaku guru pemulihan khas menjadi pengawas ujian.



SELAMAT DATANG KE BLOG CELIK 3M

SEGALA TEGURAN AKAN DIMANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

CELIK 3M - BUKAN SEKADAR MAMPU MEMBACA DAN MENULIS

Berkongsi apa sahaja tentang 3M

Blog Anak Sulungku

Tonton Video Di sini

Loading...

IP Address Lookup

Arkib