Isnin, 6 April 2009

Mari Kita Renungkan

  • Daripada api kemarahanlah lahirnya api kebakaran di dunia dan akhirat.
    Oleh itu didiklah nafsu, kerana api kemarahan datang daripada nafsu.

  • Cerdik dan pandai itu, memang digemari dan patut dicari.Tapi adakalanya dia memakan diri, yakni bilamana dia sombong dengan kemampuannya. Orang akan benci dan lari, akibatnya tinggal seorang diri.

  • Tidak mesti benda yang besar itu bernilai atau yang paling bernilai. Di dunia ini benda yang paling bernilai dan mahal, ialah benda yang paling kecil iaitu intan dan mutiara. Begitulah amal ibadah di sisi Allah itu, Allah tidak mengukur tentang banyak atau dipandang besar, tapi amal ibadah yang paling ikhlas yang kita buat, sekalipun ibadah itu kecil sahaja pada pandangan mata manusia

  • Miskin harta tidak mengapa, tapi jangan miskin idea dan jiwa. Miskin idea buntu di dalam kehidupan. Miskin jiwa mudah kecewa dan derita akhirnya putus asa yang sangat berdosa.

  • Rasulullah pilihan daripada seluruh rasul pilihan. Pilihan atas pilihan untuk rasul akhir zaman. Membawa Quran dari Tuhan, untuk panduan umat kemudian.

  • Rasulullah bulan purnama, cahayanya cerah menerangi buana. Menyuluh kehidupan manusia, memandu perjalanan mereka menuju Tuhannya.
    Agar manusia selamat di dalam perjalanan mereka.

  • Makanan dan minuman makanan jasad. Ilmu dan pengalaman makanan akal.
    Iman makanan roh.

  • Batu yang keras itu air yang lembut dapat melembutkan, tapi hati yang keras itu tiada sebarang benda dapat melembutkan, sebab itu gunung lebih senang diubah dari merubah hati.

  • Terimalah sedikit kesusahan di dunia yang sementara, dalam menegakkan kebenaran, untuk terlepas daripada kesusahan Akhirat yang berkenaan.

  • Masa itu adalah umur kita, kalau kita tidak mengisi masa dengan sebaik-baiknya bererti kita telah mensia-siakan umur kita.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk mesej anda. Semoga Tuhan memberkati kita.

SELAMAT DATANG KE BLOG CELIK 3M

SEGALA TEGURAN AKAN DIMANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

CELIK 3M - BUKAN SEKADAR MAMPU MEMBACA DAN MENULIS

Berkongsi apa sahaja tentang 3M

Blog Anak Sulungku

Arkib