Jumaat, 10 April 2009

Program Tuisyen Celik 3M Fasa 1 2009

Rasional.
Statistik pada 1 Mac 2009 menunjukkan bahawa seramai dari 25 orang murid tahun dua hingga tahun 3 dan 45 orang murid tahun satu masih bermasalah dalam menguasai kemahiran asas 2M. Walaupun peratusannya agak kecil, adalah dibimbangi jika usaha bimbingan seawal mungkin tidak dilakukan akan menyebabkan permasalahan penguasaan 3M dikalangan anak-anak pra istimewa ini akan bertambah kronik.
Program Tuisyen Intensif Celik 3M Fasa 1 / 2009 bertujuan membantu Program Pemulihan khas dan Pemulihan Dalam Kelas yang telah sememang diarahkan oleh Kementerian Pendidikan. Pendekatan bimbingan individu dalam kumpulan yang lebih kecil ini diharapkan akan membenteras masalah 3M yang masih menghantui murid-murid tahap satu khasnya dan semua murid yang bermasalah dalam penguasaan kemahiran asas Bahasa Melayu amnya.

Target.
Tidak kurang dari 50 peratus murid yang dikenalpasti bermasalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M pada pada awal 2009 ( lihat lampiran) akan menyertai program ini
Murid yang tidak mengalami masalah tingkahlaku yang serius dan kelembapan intelek yang melampau akan dapat dikeluarkan dari kepompong masalah 3M

Seorang murid akan mendapat bimbingan secara intensif dengan jumlah minima 50 jam sepanjang program dijalankan iaitu selama 3 bulan

Di akhir program ini murid yang menyertai program ini diharapkan mencapai wajaran sekurang-kurangnya 60 skor lulus dalam ujian pencapaian yang menggunakan Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M)

Sumbangan
Ibubapa / penjaga diminta menyumbangkan RM 10.00 untuk pendaftaran dan alatan. Sumbangan yang dicadangkan ialah sebanyak RM2.00 sejam.

Jadual Yang dicadangkan:

1. Jumaat 3.00 - 5.30 ptg - Untuk Murid Tahun Satu ( 2 jam )
2. Sabtu 8.00 pagi - 12.30 tengahari - Untuk Murid Th 2 & 3 ( 4 jam).

Tiada ulasan:

SELAMAT DATANG KE BLOG CELIK 3M

SEGALA TEGURAN AKAN DIMANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

CELIK 3M - BUKAN SEKADAR MAMPU MEMBACA DAN MENULIS

Berkongsi apa sahaja tentang 3M

Blog Anak Sulungku

Arkib