Rabu, 15 Julai 2009

PROSES PENEMPATAN MURID KE PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN ( PKBP )

Siang tadi (15 julai 2009) saya berkesempatan membawa anak istimewa bertemu Pakar Mata di Klinik Pakar Mata dan Kanak-kanak Hospital Kuala Krai. Sambil menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan, seorang ibu bersama dua orang anaknya tiba untuk membuat temujanji dengan pakar kanak-kanak berkaitan dengan pencalonan anaknya ke PKBP. Saya difahamkan anaknya masih di tahun satu. Mengikut cerita ibu berkenaan 3 orang murid tahun satu sekolah itu telah diminta untuk mendapatkan pengesahan doktor pakar kanak-kanak berkaitan permasalahan menguasaan 3M ( kebarangkalian slow leaner).
Satu perkara yang perlu dikongsi bersama di sini bahawa perlunya pihak sekolah menyertakan bersama surat dari pihak sekolah sebagai sokongan kepada perakuan doktor pakar kanak-kanak (Selain dari borang khas pencalunan murid ke Pendidikan Khas)
Dalam kes ibu tadi, beliau memaklumkan kapada saya bahawa tiada surat seumpama itu yang disediakan oleh pihak sekolah.
Setakat yang saya tahu, tiada format rasmi yang disediakan oleh JPN atau JPK untuk dijadikan panduan. Cikgu-cikgu yang biasa dengan situasi ini, bolehlah berkongsi maklumat di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk mesej anda. Semoga Tuhan memberkati kita.

SELAMAT DATANG KE BLOG CELIK 3M

SEGALA TEGURAN AKAN DIMANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

CELIK 3M - BUKAN SEKADAR MAMPU MEMBACA DAN MENULIS

Berkongsi apa sahaja tentang 3M

Blog Anak Sulungku

Arkib