Selasa, 7 Julai 2009

Contoh Surat makluman Celik 3M (BM) kepada Ibubapa Murid

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1
18000 KUALA KRAI, KELANTAN.
________________________________________________

Ruj. Kami : SKSYP1/06/03/001 (UP 2 /09)
Tarikh : 1 APRIL 2009

Kepada:
Ibu bapa / Penjaga,
M IZZAT B MAHZAN
Tahun 2 CERDAS.


Tuan / Puan ,

MAKLUMAT STATUS CELIK 2M M IZZAT B MAHZAN

Adalah dengan sukacitanya, perkara di atas di rujuk.

2. Sehubungan dengan perkara di atas , adalah dimaklumkan berdasarkan Ujian Pencapaian 2 /2009 Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) yang diadakan pada 1 APRIL 2009, anak tuan / puan disahkan telah Celik 2M.

3. Untuk makluman tuan / puan, jumlah skor yang diperolehi oleh anak tuan puan ialah 65 / 65. Pencapaian wajaran sekurang-kurangnya 56 / 65 dianggap sebagai Celik 2M .

4. Sehubungan dengan perkara di atas, sila hadir ke sekolah untuk menandatangani Instrumen Penentu Penguasaan 2M ( IPP2M) yang berkenaan dan Instrumen Penentu Penguasaan Kemahiran ( IPPK) anak tuan /puan.

5. Sehubungan dengan ini, anak tuan / puan telah dikeluarkan dari Program Pemulihan Khas dan akan meneruskan pembelajaran di kelas biasa mulai 2 April 2009.

6. Kerjasama tuan / puan sangat diharapkan untuk membuat pemantauan yang berterusan berkaitan kemajuan pelajaran anak tuan / puan terutama berkaitan penguasaan 2M.

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,


__________________
( ROSNAH BT CHE AMAT)
Guru Besar,
Sk Sultan Yahya Petra (1),
18000 Kuala Krai,
Kelantan.


s.k: Fail Celik 3M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk mesej anda. Semoga Tuhan memberkati kita.

SELAMAT DATANG KE BLOG CELIK 3M

SEGALA TEGURAN AKAN DIMANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

CELIK 3M - BUKAN SEKADAR MAMPU MEMBACA DAN MENULIS

Berkongsi apa sahaja tentang 3M

Blog Anak Sulungku

Arkib