Selasa, 7 Julai 2009

Contoh Surat Makluman Celik 3M (BM) kepada Guru BM

SEKOLAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 1
18000 KUALA KRAI, KELANTAN.
__________________________________________________

Ruj. Kami : SKSYP1/06/03/004 (UP 2 /09)
Tarikh : 1 APRIL 2009.

Kepada:
Pn Zainora bt Ahmad.
Guru Bahasa Melayu
Tahun 2 Cerdas.


Puan ,

STATUS CELIK 2M M IZZAT B MAHZAN

Adalah dengan sukacitanya, perkara di atas di rujuk.

2. Sehubungan dengan perkara di atas , adalah dimaklumkan berdasarkan Ujian Pencapaian 2 /2009 Instrumen Penentu Penguasaan 2M (IPP2M) yang diadakan pada 1 APRIL 2009, M IZZAT B MAHZAN disahkan telah Celik 2M.

3. Untuk makluman puan, jumlah skor yang diperolehi oleh M IZZAT B MAHZAN ialah 65 / 65. Pencapaian wajaran sekurang-kurangnya 56 / 65 dianggap sebagai Celik 2M

4. Sehubungan dengan perkara di atas, sila tandatangan Instrumen Penentu Penguasaan 2M ( IPP2M)
M IZZAT B MAHZAN yang disertakan bersama surat ini dan kembalikan kepada saya untuk simpanan dan rekod.

5. Sehubungan dengan ini, murid ini telah dikeluarkan dari Program Pemulihan Khas ( untuk subjek BM ) dan akan meneruskan pembelajaran di kelas biasa mulai 2 April 2009.

6. Kerjasama puan sangat diharapkan untuk memastikan kemajuan pelajaran murid ini terutama berkaitan penguasaan 3M. ( subjek Bahasa Melayu.)

Kerjasama tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”


Saya yang menurut perintah,


__________________
( ISHAK B HAMAT)
Guru Program Pemulihan Khas ,
Sk Sultan Yahya Petra 1,
18000 Kuala Krai, Kelantan.


s.k: Fail Celik 3M

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih untuk mesej anda. Semoga Tuhan memberkati kita.

SELAMAT DATANG KE BLOG CELIK 3M

SEGALA TEGURAN AKAN DIMANFAATKAN SEBAIK MUNGKIN. TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

CELIK 3M - BUKAN SEKADAR MAMPU MEMBACA DAN MENULIS

Berkongsi apa sahaja tentang 3M

Blog Anak Sulungku

Arkib